Perkhidmatan Mirads
Penyelesaian menyeluruh untuk membina, melatih dan memantau pasukan jualan — merangkumi rekrut, latihan, dan pemantauan prestasi berasaskan data.
Rekrut Pasukan Jualan (Recruit)
Fasa pertama kejayaan jualan ialah pemilihan bakat yang tepat. Kami membantu mengenal pasti, menilai dan menarik calon jualan berpotensi tinggi yang sepadan dengan keperluan perniagaan serta budaya kerja anda.
- ✓Pencarian Bakat Strategik: Akses rangkaian dan metodologi HR untuk mendapatkan calon berkualiti yang sering terlepas pandang pasaran.
- ✓Saringan & Penilaian Ketat: Temuduga berstruktur dan ujian kecekapan bagi memastikan standard pengambilan yang konsisten.
- ✓Keserasian Budaya Kerja: Penilaian kesesuaian nilai dan gaya kerja supaya kadar kekal dan prestasi jangka panjang meningkat.

Latihan Jualan Profesional (Train)
Kemahiran menjual boleh dibina secara sistematik. Program latihan kami bersifat praktikal, berfokus kepada hasil dan mudah dilaksanakan oleh pasukan — daripada skrip, teknik, sehingga latihan situasi sebenar.
- Pembangunan Skrip Tersuai: Skrip jualan yang dioptimumkan mengikut industri, persona pelanggan dan corong jualan anda untuk kadar conversion lebih tinggi.
- E-Course & Sesi Langsung: Gabungan modul pembelajaran atas talian dan sesi mingguan (Zoom) untuk latihan, praktis dan maklum balas segera.
- Role-Play & Senario Nyata: Latihan mengurus objection, follow-up dan teknik closing berasaskan situasi kes sebenar.

Pemantauan Prestasi Jualan (Monitor)
Apa yang boleh diukur, senang untuk diurus. M-SMART bantu anda nampak gambaran penuh aktiviti jualan, pergerakan pipeline dan keputusan yang dibuat — supaya tindakan boleh diambil dengan lebih cepat dan tepat.
- ✓Jejak Aktiviti Secara Langsung: Pantau panggilan, follow-up dan temujanji secara real-time tanpa perlu tunggu laporan manual.
- ✓Dashboard Prestasi Yang Jelas: KPI individu dan pasukan dipaparkan secara ringkas dan mudah difahami untuk tindakan segera.
- ✓Pandangan 360° Untuk Leader: Mudahkan coaching, pemantauan pasukan dan perancangan sasaran yang lebih realistik.
