Mirads Academy Logo

Tentang Mirads Academy

Kami membina pasukan jualan yang laju, konsisten dan seronok bekerja melalui gabungan Rekrut, Latihan dan Pemantauan prestasi berasaskan data.

Pasukan kepimpinan Mirads Academy memimpin inisiatif rekrut, latihan dan pemantauan

Misi Kami: Menutup Jurang Prestasi Jualan

Banyak organisasi sebenarnya ada potensi jualan yang besar, tapi hasilnya tak seiring dengan usaha. Latihan tak fokus, kadar keluar masuk staf tinggi, dan prestasi jualan pula susah nak nampak secara menyeluruh. Di sinilah peranan kami.

Berpandukan pengalaman, kami bangunkan metodologi R.T.M. Rekrut orang yang betul, beri Latihan (Training) yang praktikal dan mudah diaplikasikan, serta buat Pemantauan (Monitor) secara telus melalui Sistem M-SMART. Bila tiga elemen ini bergerak seiring, pasukan jualan jadi lebih stabil, konsisten dan boleh berkembang.

Nilai Teras Kami

Prinsip yang memandu setiap keputusan dan tindakan kami.

Perkongsian Strategik

Kami bukan sekadar perunding. Kami menyatu dengan pasukan anda, bergerak seiring dan memfokuskan hasil yang boleh diukur.

Berorientasikan Pertumbuhan

Strategi dibina untuk mendorong pertumbuhan mampan — dari pembentukan pasukan, pengurusan pipeline sehingga peningkatan hasil.

Ketelusan

Dengan Sistem M-SMART, aktiviti dan prestasi jualan dipaparkan jelas — keputusan dibuat berasaskan data, bukan tekaan.

Kecemerlangan

Komited kepada standard tertinggi dalam rekrut, latihan dan tadbir strategi — dari permulaan hingga fasa pengekalan.